Memang dah lama bebenor tak menulis di blog ini. Mungkin disebabkan kekangan bekerja ataupun semakin banyak media sosial yang lain, seperti TikTok, FB dan Instagram yang perlu diupdate dari masa ke semasa, membuatkan kita terlupa ada blog yang perlu dilawati.
Takpa, kita teruskan semangat untuk menulis. Nak bercerita pasal hotel yang kita diami ketika pulang ke Kuala Terengganu awal bulan ini. Sebenarnya, ceritanya bermula dari satu majlis perkahwinan di Kemaman, kemudiannya kita bergerak ke Setiu, bermalam satu malam di sana dan seterusnya menaiki bot ke Pulau Perhentian.
Saya tak naklah bercerita pasal yang ni dahulu, sebab nak cerita pasal pengalaman ketika di KT dan Marang selepas pulangnya dari pulau.
Nak jadi cerita, kita tak pun buat booking di mana-mana hotel, kununnya, tengah minggu takkanlah hotel penuh, mula2 kita aim untuk tinggal di Hotel Payang, tetapi bila dbuat semakan, hotel ini rupa-rupanya penuh. Payang Hotel ini sebuah hotel boutique yang terletak di Chinatown dan berdekatan Pasar Payang, ikon Terengganu.
Bila checked di booking.com, ada sebuah hotel berhampiran iaitu Hotel Grand Puteri. Harganya pun berpatutan, tak sampai RM200 semalam. Selesai buat booking sambil-sambil makan ikan celup tepung di Batu Buruk, kami terus ke sana. Sekali pandang, memang tertawan, ia adalah sebuah hotel yang terletak berhampiran Masjid putih, dekat sungguh, pagi-pagi dikejutkan dengan azan Subuh yang berkumandang, syarahan agama pun boleh dengar.
Saya turunkan luggage di depan lobi sebelum parking kereta di sebuah tempat meletak kereta di seberang jalan. Bila masuk ke dalam, wahhhh...ada gaya, di sebelah kiri sebuah coffee house dan di kanannya pula tempat reception. Staf di sana pula memang friendly. Selesai mendaftar dapatlah kunci bilik dan terus ke tingkat 4. Keluar dari lif, ternampak dua swimming pool, satu untuk lelaki dan satu lagi untuk kaum wanita.
Peliknya, walaupun diasingkan, sesiapapun boleh melihat kedua-dua pool dari tingkat atas. Hehe!
Bilik kita dlengkapi dengan sebuah katil besar, dan ciri-ciri hotel yang bertaraf empat bintanglah, bersih, tandasnya pun terjaga rapi.
Tingkap menghadap deretan rumah kedai yang tertutup rapi, rupa-rupanya memang belum ada perniagaan lagi. Sebelum naik tadi, ternampak sebuah mesin menjual minuman bertin, memang terkejut tengok harganya. Hotel kemain nampak glamour, tetapi harga minuman tin ini tak sampai RM3 pun.
Dari dua malam, kita sambung semalam lagi, bukannya apa. Banyak tempat nak dilawati, di antaranya muzium, dan semestinya Marang, tempat kelahiran teman di sebelah.
Sarapannya pun ok, ada nasi dagang, signature dish Ganu, walaupun saya hanya attacked makanan biasa seperti mi goreng dan sebagainya.
Pada malam terakhir, kami makan malam di coffee house, isteri ambil sotong (ntah apa-apa) dan saya pula mi goreng. Sedap.
Di luar hotel, terdapat cafe ala-ala gerai, menjual nasi dagang dan makanan ringan, setiap malam. Bolehlah lepak-lepak di luar, daripada terkurung di dalam suasana hawa dingin sepanjang masa.
Ada juga terlintas kisah-kisah seram di hotel ini di Tiktok, tapi depa takut nak ganggu, kita orang baik-baik kot. Alhamdulillah, sepanjang kami tinggal selama tiga malam, tiada apa yang menyeramkan. Tempat pun berdekatan masjid, ada dia berani ke. Hehe.
Lain kali, boleh repeat di hotel ini. Rupa-rupanya, memang digalakkan membuat tempahan di kaunter pendaftaran atau di website depa. Lagi murah dari booking di tempat lain, dapatlah jimat RM7-RM8 semalam.
Lawatilah grandputerihotel.com, tak perlu ke website lain. Porter di sana, housekeeper, receptionist, kakitangan coffee house... semuanya baik-baik, tersenyum memanjang.
Hotel pun penuh, dengan pelbagai aktiviti dari pejabat-pejabat kerajaan, sentiasa ada aktiviti.
![]() |
| Walaupun ada separate doors, semua boleh tengok di swimming pool lelaki dan perempuan dari atas |
![]() |
| Dinner di coffee house pada malam terakhir di KT |
![]() |
| Semua bangunan di sekitar hotel ada kubah kecil di atas. Adakah itu diwajibkan atau hanya dekorasi? |
![]() |
| Pintu masuk ke kolam wanita sahaja |
![]() |
| Sunset di KT, dari jendela bilik. |
![]() |
| Tempat lepak malam-malam di luar hotel. Makanan dan minuman dari coffee house juga. |
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)

No comments:
Post a Comment